Waktu solat Tarawih ini adalah selepas menunaikan solat
fardhu (Isyak) sehinggalah larut malam. Solat Tarawih ditunaikan dengan
kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram kemudiannya
dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun solat sunat
Tarawih ini sama sahaja dengan rukun solat yang lain.
Solat Sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai
menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat
Sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat Sunat Tarawih boleh dibuat
sehingga sebelum solat Subuh.
Pada zaman ‘Umar terdapat sekelompok umat yang
mengerjakan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ‘Umar sendiri telah
menyuruh Ubay bin Ka’ab dan Tamim al-Dari radhiallahu’ anhuma untuk
memimpin solat Tarawih sebanyak sebelas rakaat iaitu termasuk tiga rakaat untuk
solat Witir. Dalilnya adalah hadis berikut:
Al-Saib bin Yazid radhiallahu’
anh telah berkata:
أَمَرَ عُمَرُ بْنُ
الْخَطَّابِ أُبَيَّ بْنَ كَعْبٍ وَتَمِيمًا الدَّارِيَّ أَنْ يَقُومَا لِلنَّاسِ
بِإِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً.
Maksudnya:
‘Umar bin al-Khatthab telah memerintahkan Ubay bin Ka’ab dan Tamim
al-Dari untuk mengimami manusia (dalam solat) sebanyak sebelas rakaat. - Hadis riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta’, Kitab
al-Nida’ li al-sholaah, no: 232.
Justeru
itu jumlah rakaat yang paling utama adalah dengan tidak melebihkannya dari
sebelas atau tiga belas rakaat kerana jumlah ini adalah sesuai dengan
sebagaimana yang kebiasaannya dikerjakan oleh Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam.
Solat Tarawih boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah
r.a. : “Rasulullah tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan
Ramadan atau bulan lainnya, lebih daripada empat rakaat, kemudian beliau
kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian
beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk
dalamnya sembahyang witir.”
Daripada
‘Aishah radhiallahu’ anha, dia berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي بِاللَّيْلِ إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُوتِرُ مِنْهَا
بِوَاحِدَةٍ.
Maksudnya:
Bahawa Rasulullah solat malam di waktu setelah selesai Isyak
sampai terbit fajar sebanyak sebelas rakaat dengan salam setiap selesai dua
rakaat, lalu berwitir dengan satu rakaat. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam kitab Shahihnya, Kitab
Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 736.
Daripada ‘Aishah radhiallahu’
anha, dia berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ ثَلاَثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً
مِنْهَا الْوِتْرُ وَرَكْعَتَا الْفَجْرِ.
Maksudnya:
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam biasa solat di malam hari tiga
belas rakaat termasuk witir, dan dua rakaat solat fajar (sunat Qabliyah Subuh). - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud,
no: 1140.
Abu Salamah radhiallahu’ anh pernah bertanya kepada ‘Aishah
radhiallahu’ anha tentang solat malam Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
pada bulan Ramadan. Maka ‘Aishah menjawab:
مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ
رَكْعَةً.
يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ
وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ.
ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا.
Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menambah pada bulan
Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi sebelas rakaat;
baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan
panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, jangan kamu persoalkan
akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat tiga rakaat (witir). - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab
at-Tahajjud, no: 1147.
Video
klik image dibawah
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.