Imsak
dalam istilah (makna sebenar) bermaksud, menahan diri daripada makan, minum,
jimak dan lain-lain perkara yang membatalkan puasa. Inilah juga imsak yang
difahami oleh masyarakat umum daripada waktu imsak yang disiarkan itu.
Tetapi
ada juga setengah-setengah kalangan yang terus makan walaupun selepas waktu
imsak itu. Tentu pihak lain memandangnya dengan pandangan yang serong dan
mungkin tidak sah puasanya dan orang yang melakukan perbuatan itu sendiripun
berada dalam keadaan serba salah.
Dari
itu, pihak kami berasa bertanggungjawab membincangkan isu ini secara ilmiah
berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah di samping kitab-kitab ulamak yang
muktabar dengan harapan umat Islam amnya dan institusi-institusi agama di
negara ini akan menilai semula ketetapan imsak sebagaimana yang diamalkan
selama ini.
Pertama,
Al-Quran dengan jelas mengatakan firman Allah:
وَكُلُواْ وَاشْرَبُواْ
حَتَّى يَتَبَيَّنَ
لَكُمُ الْخَيْطُ
الأَبْيَضُ مِنَ
الْخَيْطِ الأَسْوَدِ
مِنَ الْفَجْر
“Makan
dan minumlah kamu sehingga nyata benang putih (fajar sadiq- permulaan waktu
subuh) daripada benang hitam (penghujung waktu malam) iaitu fajar.”
(Al-Baqarah: 187)
Ayat
ini dengan jelas menyatakan bahawa tidak ada sebarang imsak sebelum masuknya
waktu subuh malah Allah menganjurkan supaya kita makan dan minum “hingga” atau
“sampai” masuk waktu subuh. Perintah di sini mengikut ulamak usul bukan memberi
makna wajib walaubagaimanapun paling kurang ia memberi makna harus.
Kedua,
hadis sahih jelas menunjukkannya di mana Nabi s.a.w. bersabda,
“Janganlah
menahan kamu dari makan dan minum oleh azannya Bilal, tetapi terus makan dan
minumlah kamu sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azannya (Riwayat Bukhari dan
Muslim).
Para
ulamak sepakat mengatakan bahawa Bilal melaungkan azan sebelum masuknya waktu
subuh dengan tujuan mengejutkan orang yang tidur supaya bangun bersahur dan
Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan apabila masuknya waktu subuh.
Di
sini tidak disebutkan tentang imsak atau menahan diri daripada makan minum dan
sebagainya sebelum masuknya waktu subuh malah ia menganjurkan supaya makan
sampai akhir waktu iaitu masuknya waktu subuh.
Ketiga,
dalam hadis sahih yang lain Nabi s.a.w. bersabda yang mafhumnya,
“Umat
ini akan sentiasa baik selagi mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan
bersahur” (Riwayat Imam Ahmad).
Hadis
ini juga menerangkan kedua-dua ayat Al-Quran dan hadis yang tersebut di atas
yang bermaksud: Makan dan minum dan sebagainya hingga masuk waktu subuh. Selagi
umat ini melakukan demikian mereka berada dalam kebaikan sebaliknya bila mereka
meninggalkan amalan-amalan seperti ini mereka tidak lagi berada dalam kebaikan.
Keempat,
kita telah meneliti sekurang-kurangnya 30 buah kitab muktabar dalam Mazhab
Syafie antaranya Al-Umm, Majmuk, Syarah Muhazzab, Al-Iqna’ Al-Mahalli, Hasyiah
Al-Bajuri, As-Syarqawi , Bahrul-Mazi, Kasyful Litham dan lain-lain lagi selain
daripada kitab-kitab muktabar dalam mazhab-mazhab yang lain tetapi tidak juga
kita temui adanya ketetapan imsak sebelum masuknya waktu subuh sebagaimana yang
diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia.
Hairan!
Kalau begitu dari manakah puncanya ketetapan imsak ini, dan siapakah orang yang
mula-mula memperkenalkannya? Mungkin orang yang menyokong ketetapan imsak ini
berhujjah dengan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit bermaksud,
“Kami
bersahur bersama Nabi s.a.w. kemudian kami bangun pergi sembahyang, perawi bertanya:
“Berapakah jarak diantara bersahur kamu dengan sembahyang? Zaid menjawab: lebih
kurang lima puluh ayat” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Ini
bermakna (kata mereka) bersahur itu sudah selesai sebelum masuk waktu subuh
selama lebih kurang 50 ayat (jika dianggarkan tempohnya lebih kurang 10
minit.). “Inilah punca imsak,” kata mereka.
Tetapi
pemahaman yang seperti ini tidak benar kerana;
1.
Tidak ada seorangpun perawi hadis yang menghuraikan pengertian begitu.
2.
Hadis ini ada kemungkinan memberi erti yang lain selain daripada kemungkinan
tadi. Ia mungkin memberi erti “tempoh diantara selesai bersahur dengan
sembahyang subuh itu adalah lebih kurang 50 ayat. Ini bermakna setelah selesai
bersahur azan dilaungkan selepas itu sesiapa yang hendak mengambil wudhu’
bolehlah mengambil wudhu’ kemudian barulah sembahyang subuh. Tempoh di antara
azan, wudhu’, sembahyang sunat subuh dan sembahyang subuh itu sendiri adalah
lebih kurang 50 ayat.
Sumber:
darulkautsar
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.