Hari raya adalah hari membesarkan Allah dan
bersyukur atas kurniaanNya. Kita bertakbir tanda kemenangan, bukan tanda
kesedihan. Irama takbir ala melayu agak sedih. Jika kita dengar takbir yang
dilaung di dunia Islam yang lain, khususnya di dunia Arab, kita akan tahu irama
takbir mereka lebih bersemangat dan lebih mendekati perasaan kemenangan. Firman
Allah:
“..dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa
(sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat
petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).
Walaupun menziarahi kubur itu pada asalnya sunat,
namun baginda Nabi s.a.w tidak pernah mengkhususkan supaya diziarahi khubur
pada hari raya. Perbuatan mengkhususkan hari raya sebagai hari ziarah kubur
tidak bersumberkan dari ajaran Nabi s.a.w. Apatahlagi dengan pelbagai upacara
yang menyanggahi sunnah Nabi s.a.w yang diadakan oleh sesetengah masyarakat di
kubur pada hari raya. Bahkan, jika kita melihat kepada konsep hari raya yang
diterangkan, maka perbuatan bersedihan di kubur adalah menyanggahi tujuan hari
raya.
Jika semangat kegembiraan hari raya akan terganggu
dgn kesedihan akibat ziarah kubur maka elok ditangguh dulu kerana hari raya
kita disuruh bergembira.
Jaga adab-adab ketika menziarahi kubur dan elakkan
dari ber'selfie' dikubur.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.