LAWAN KEPADA SUNNAH ADALAH BID’AH
Barangsiapa beranggapan bahawa agama Islam ini
masih kurang sempurna dan memerlukan tambahan-tambahan demi kemaslahatan diri
dan golongan jelas menunjukkan kejahilan mereka sendiri.
Mereka yang menambah-nambah dalam urusan agama
ini adalah tukang-tukang bid’ah. Tukang-tukang bid’ah ini kelak akan menanggung
dosanya dan dosa para pengikutnya yang tertipu dan tersesat.
Imam Malik Bin Anas berkata, “Barangsiapa
menganggap baik perbuatan bid’ah, sama dengan menuduh Nabi Muhammad telah
mengkhianati risalahnya”.
Imam Syafi’ berkata, “Andaikata aku mengetahui
ahli bida’h itu dapat berjalan di angkasa, aku tetap tidak akan menerimanya”.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.