Tidak disyari’atkan ada bacaan zikir-zikir, selawat-selawat mahupun doa-doa yang tertentu semasa waktu istirehat ini. Namun demikan sewajarnya tempoh tersebut dipergunakan untuk membaca ayat-ayat suci al-Qur’an, zikir-zikir, doa-doa dan selawat yang sabit daripada hadis-hadis Nabi secara bebas tanpa penetapan bacaan atau kaifiat yang tertentu. Hanya sahaja yang lebih menepati sunnah adalah zikir, doa atau selawat tersebut dilakukan secara sendirian dan dengan suara yang perlahan. Tatacara berzikir sebeginilah yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. sebagaimana firman-Nya:
"Sebut serta ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri disertai perasaan takut (melanggar perintahnya) di samping tidak menguatkan suara, iaitu di pada waktu pagi dan petang. Janganlah engkau termasuk orang-orang yang lalai." – Surah al-A'raaf:205.
Berdasarkan ayat di atas, dapatlah kita fahami bahawa Allah sendiri telah memerintahkan kita sebagai hamba-Nya agar berzikir kepada-Nya dengan suara yang perlahan atau untuk lebih spesifik hanya diri sendiri yang mendengar zikir tersebut.
Selawat cara tidak berakhlak dan beradab
"Sebut serta ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri disertai perasaan takut (melanggar perintahnya) di samping tidak menguatkan suara, iaitu di pada waktu pagi dan petang. Janganlah engkau termasuk orang-orang yang lalai." – Surah al-A'raaf:205.
Berdasarkan ayat di atas, dapatlah kita fahami bahawa Allah sendiri telah memerintahkan kita sebagai hamba-Nya agar berzikir kepada-Nya dengan suara yang perlahan atau untuk lebih spesifik hanya diri sendiri yang mendengar zikir tersebut.
Selawat cara tidak berakhlak dan beradab
Ramai juga yang berhujah, jika tidak diadakan selawat
beramai-ramai maka suasana sembahyang tarawih sunyi dan tidak meriah. Hujah ini
sebenarnya sangat meleset dan jelas sekali tidak menggambarkan kefahaman
tentang maksud disyari’atkan setiap ibadat. Ibadat sama sekali tidak dilakukan
untuk tujuan kemeriahan tetapi untuk menyatakan ketundukan dan kepatuhan kepada
Allah s.w.t.
bohong
ReplyDeleteYg dibohong hanya Malaysia saja. Beramal mengikut masyarakat. Ikutlah Islam sebenar.
DeleteProMediaSunnah Wahhabi
ReplyDeleteCetek pemikiran. Beragama biar bersandarkan dalil. Jika tidak, takde beza Islam dgn agama lain. Hanya takliq buta.
DeletePerangai melayu suka pertikai benda2 yg remeh temeh yg tak menguntungkan umat malah jd kucar kacir...sudah la tuan yg tulis ni...semak diri anda sendiri ...anak isteri Dan keluarga anda dulu ...itu lebih baik Dan afdal.
ReplyDeleteSampai bila nak jahil. Ikut betul² amalan Nabi dan para sahabat serta tabi'in. Agama Islam bukan sekadar ikut dan patuh. Perlu adanya hujah utk menyokong dan dijadikan bukti utk beramal.
DeleteApabila kita melihat amalan solat terawih umat islam dunia melalui utube majoriti mengikut sunnah tanpa salawat nyaring KECUALI VIDEO dari masjid di Malaysia. Banyak yang berhujah mengguna akal fikiran bagi membela amalan ini.
ReplyDeleteItulah yang sebenarnya berlaku.
DeleteBerkenaan bacaan salawat yang bersahut-sahutan sebagaimana dilakukan orang zaman sekarang selang antara dua rakaat tarawih jelas bukan daripada anjuran Rasulullah. Salawat ini yang antaranya memasukkan pujian terhadap empat khalifah iaitu khalifah Abu Bakr, Umar, Usman dan Ali hanya rekaan cara-cara beribadah orang zaman kemudian.
DeleteMereka berhujah: Nabi tidak ada larang .....rujuk video ust azhar idrus.Mereka mahu dalil Nabi larang secara khusus.
Sepatutnya mereka mau insaf apabila membaca sabda Nabi s.a.w: Nabi tidak larang secara khusus semasa baginda hidup kerana amalan solat tarawiih masa itu tidak ada orang berani tambah solawat tersebut.
"Barangsiapa mengamalkan sesuatu amal yang tidak ada perintah kami atasnya, maka amalnya itu tertolak."H.R.Muslim.
Nyatalah bahawa pada umumnya,orang-orang Islam lebih suka mengadakan amal-amal yang tidak yang tidak pernah dibenarkan oleh Nabi s.a.w. Amalan bid'ah hasanah dalam ibadat ini tidak ada orang rasa bersalah, rasa baik belaka akhirnya pelakunya tidak akan pernah bertobat berbanding dgn orang yang melakukan perbuatan yang jelas berdosa.Fikirkanlah!
Apabila kita baca dan kaji semua buku dan kitab yang anjur berselawat sedemikian, tidak ada pun dalil sumber hadis yang sahih.Pengarang hanya berani salin menyalin untuk dijual dan diedarkan secara percuma. Baru-baru ini buku sedemikian telah di edar percuma di Masjid Putra di Perlis tanpa mempedulikan amalan sunnah terawih yang dilaksanakan.
DeleteBuku yang terbaik menurut sunnah yang perlu dibaca ialah
"Sembahyang Terawiih di zaman Nabi oleh Ustaz Abdullah AlQari Hj Salleh-Pustaka ASA,Kenali,Kelantan.