RATA-RATA masyarakat Islam sedunia dimomokkan, dipermainkan dan ditipu dengan istilah Wahabi.
Sesiapa mengajak kepada al-Quran dan sunnah mengikut pemahaman sahabat Nabi Muhammad SAW, mengajak kepada akidah mentauhidkan ALLAH dan menjauhi syirik dan khurafat, beramal mengikut sunnah dan meninggalkan amalan bidaah yang meresap dalam masyarakat, mereka ini tidak akan terlepas daripada digelar Wahabi.
Padahal tidak ada satu orang pun yang menamakan dirinya Wahabi. Tidak ada pertubuhan atau gerakan yang menggelar gerakan mereka sebagai Wahabi. Ia hanya label yang diberikan pihak lain semata-mata bertujuan memburukkan ahli sunnah, sekali gus menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam sebenar.
Pentakrifan jika sesiapa yang tidak mengikut satu-satu mazhab itu adalah wahabi umpama mengata pada diri orang yang mentakrifkannya kerana kebanyakan rakyat malaysia sendiri tidak berpegang sepenuhnya dengan Mazhab Syafi'i.
Video dibawah
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.