Seringkali dalam masyarakat yang berpegang dengan kelebihan meninggal dunia pada hari Jumaat akan memperoleh dan terselamat dari pada fitnah kubur. Namun terdapat khilaf mengenai kelebihan meninggal dunia pada malam/siang jumaat ini. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Imam At-Tirmizi dalam Jami’ Tirmizi, daripada Abdulullah bin A’mru telah berkata:
Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur.
Kebanyakkan mengatakan isnadnya dhaif tetapi Sheikh Albani rahimahullah mengatakan hasan. Manakala Kata Abu ‘Isa: Hadis gharib, sanadnya tidak bersambung.
قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ ، قَالَ : وَهَذَا حَدِيثٌ لَيْسَ إِسْنَادُهُ بِمُتَّصِلٍ رَبِيعَةُ بْنُ سَيْفٍ ، إِنَّمَا يَرْوِي عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْحُبُلِيِّ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ، وَلَا نَعْرِفُ لِرَبِيعَةَ بْنِ سَيْفٍ سَمَاعًا مِنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو
Pendapat Imam Al-Bukhari
Dalam Sahih al-Bukhari, ada menyatakan sahabat rasulullah iaitu Abu Bakar ingin meninggal dunia pada hari isnin. Imam al-Bukhari meletakkan hadith ini di bawah tajuk ” Mati pada Hari Isnin”.
Daripada ‘Aisyah رضي الله عنها :
“Daku masuk menemui Abu Bakar رضي الله عنه lalu beliau bertanya: “Dalam berapa lembaran kain yang kalian kafankan Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam?” ‘Aisyah menjawab: “Dalam tiga helai kain Sahuliyah (kain buatan Yaman) putih tiada padanya baju dan tidak (pula) serban.” Abu Bakar bertanya kepada ‘Aisyah: “Pada hari apakah wafatnya Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam ?” ‘Aisyah menjawab: “Hari Isnin.” Abu Bakar bertanya: “Hari ini hari apa?” Aisyah menjawab: “Hari Isnin.” Abu bakar berkata: “Aku berharap umurku sampai malam ini sahaja.”
Lalu beliau (Abu Bakar) memandang kepada kain yang dipakainya sejak menderita sakit, pada baju itu terdapat tompokan za’faran (sejenis minyak wangi berwarna kuning) kemudian beliau berkata: “Kalian cucilah kain aku ini dan tambahkan atasnya dua helai kain lagi, kemudian kafankanlah aku dalamnya.”
Daku (‘Aisyah) berkata: :Sesungguhnya (kain) ini sudah usang.”
Lalu Abu Bakar menjawab: ” Sesungguhnya yang hidup lebih berhak dengan yang baharu daripada yang mati. Hanyasanya ia (kain tersebut) untuk nanah (mayat).”
(Aisyah menyambung): Tidak meninggal dunia (Abu Bakar) sehingga menjelang malam Selasa dan dikebumikan sebelum Subuh.”
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.