Menjelang ramadhan setiap kita berusaha meningkatkan pembersihan jiwanya. Mendekatkan diri kepada Allah. Mengakui sesuatu yang benar itu benar sekalipun ia menyanggahi kepentingan dan kehendak diri kita. Mengakui yang salah itu salah, sekalipun kita sudah terbabit dengan yang salah tersebut.
Monday, May 29, 2017
Friday, May 19, 2017
KELEBIHAN MENINGGAL DUNIA PADA MALAM JUMAAT DAN SIANGNYA
Seringkali dalam masyarakat yang berpegang dengan kelebihan meninggal dunia pada hari Jumaat akan memperoleh dan terselamat dari pada fitnah kubur. Namun terdapat khilaf mengenai kelebihan meninggal dunia pada malam/siang jumaat ini. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Imam At-Tirmizi dalam Jami’ Tirmizi, daripada Abdulullah bin A’mru telah berkata:
Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur.
Thursday, May 18, 2017
BERBAIK DENGAN SYIAH PERKARA YANG SIA-SIA
Syiah BUKAN mazhab dalam Islam. Ajaran Syiah adalah ajaran sesat yang dibina oleh syaitan di kalangan manusia dengan menggunakan nama Islam.
Monday, May 15, 2017
VIDEO : PENDEDAHAN STRATEGI TERANCANG MENSYIAHKAN MALAYSIA
Antara strategi mensyiahkan Malaysia ialah menerapkan memuja dan mempercayai tawassul kepada para wali2 mereka seperti abd khadir jailani dan lain-lain, setelah ada timbul kepercayaan masyarakat maka disini akan diterapkan bahawa memuja imam ali seperti kepercayaan agama syiah adalah sesuatu perkara yang lebih baik.
Friday, May 12, 2017
AMALAN KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN BERASAL DARI SYIAH
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in).
Wednesday, May 10, 2017
ZAMIHAN TERJEMAH KITAB SEBAR PENGARUH HASSAN SAQQAF (SYIAH)
Siapa Hassan al-Saqqaf?
Hassan Ibn Ali al-Saqqaf berasal dari Jordan. Beliau mendakwa dari keturunan Khalifah Ali Ibn Abi Talib radhiyallahu'anhu dan cukup berbangga dengan pangkat itu seolah-olah ianya menjaminkan dirinya bersifat ma'sum dan sentiasa di atas kebenaran.
Monday, May 8, 2017
BONGKAR : SYIAH BERTOPENGKAN HABIB
Syiah beri'tikad bahawa semua sahabat Nabi صلى الله عليه و سلم kecuali tiga orang telah murtad selepas kewafatan baginda. Oleh itu Agama Islam (dan juga al-Quran) yang dikembangkan oleh sahabat-sahabat selepas kewafatan Nabi صلى الله عليه و سلم tidak boleh diyakini kerana konnnya mereka telah murtad. Di samping itu Syiah juga ingin menyatakan Nabi صلى الله عليه و سلم gagal dalam mendidik mereka.
Friday, May 5, 2017
TAK IKUT SATU MAZHAB JADI WAHABI MAKA KITA SEMUA ADALAH WAHABI
RATA-RATA masyarakat Islam sedunia dimomokkan, dipermainkan dan ditipu dengan istilah Wahabi.
Sesiapa mengajak kepada al-Quran dan sunnah mengikut pemahaman sahabat Nabi Muhammad SAW, mengajak kepada akidah mentauhidkan ALLAH dan menjauhi syirik dan khurafat, beramal mengikut sunnah dan meninggalkan amalan bidaah yang meresap dalam masyarakat, mereka ini tidak akan terlepas daripada digelar Wahabi.Thursday, May 4, 2017
AMALAN SAPU MUKA LEPAS SOLAT BUKAN AJARAN NABI SAW
Berdasarkan fatwa Imam asy-Syafie rahimahullah. Beliau menentang perbuatan tersebut (menyapu muka) sebagaimana dijelaskan oleh beliau rahimahullah melalui hadis yang terdapat dalam kitab Al-Umm yang menjelaskan supaya tangan kita adalah tetap di atas peha ketika semasa dan selepas salam (membawa maksud tiada perbuatan menyapu muka):
Wednesday, May 3, 2017
BACA AL QURAN UNTUK KEJAR DUNIAWI
Pelajarilah Al Quran, dan mintalah syurga kepada Allah sebagai ganjarannya. Sebelum datang satu kaum yang mempelajarinya dan meminta habuan dunia sebagai balasannya.
Tuesday, May 2, 2017
MAKSIAT TERANG -TERANGAN DIDIAMKAN MAKSIAT TERTUTUP DISELAK
Amat dukacita bagi masyarakat kita, jika kita sibuk mendedahkan maksiat yang tertutup yang disuruh oleh prinsip Islam agar kita tidak membukanya, dalam masa yang sama kita membiarkan berleluasa maksiat yang terang-terangan lagi terbuka yang dilakukan atas nama pentas, dalam filem dan dijual dengan harga yang mahal.
Subscribe to:
Posts (Atom)